Jamu Mutyara, jamu terbaik untuk para wanita. Jenama Mutyara telah mula diperkenalkan di pasaran pada April 2018 dengan produk ulungnya Jamu Mutyara Gugusan Sumatera. Jamu yang sangat mudah pengambilannya dan rasanya yang tidak pahit, tidak seperti jamu-jamu zaman dahulu.

Khasiatnya yang fokus untuk membantu para wanita memberikan tenaga, memperbanyakkan susu badan (bagi ibu yang menyusu) serta membantu merawat kesihatan dalaman dan luaran wanita, boleh diamalkan seawal umur 16 tahun.

Sangat mudah pengambilannya, cuma perlu diamalkan 2 kali setiap hari. Kandungan bahan-bahan berasaskan semulajadi ini merupakan resipi turun temurun keluarga Tya Ariffin dari Indonesia. Bagi mengurangkan rasa pahit, jamu tersebut telah diolah rasanya dengan tambahan makanan sunnah seperti Kurma, Delima, Madu, Habbatussauda selain campuran herba-herba asli seperti Kunyit, Halia, Manjakani dan sebagainya.

Tya Ariffin merupakan pengasas Jamu Mutyara, seorang usahawan selebriti, selain dari itu beliau juga telah dinobatkan sebagai Ikon Selebriti Penyusuan Susu Ibu dari Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2019. Operasi perniagaan diselia Asyraf Khalid. CEO A Klasse Essentials Sdn Bhd syarikat yang memegang hak milik jenama Mutyara.